ABANG ASY!!
– jerit Sofea Aresya sebaik sahaja melihat sebatang tubuh yang agak sasa milik
abangnya yang bernama Asyraf.
Sudah
hampir setahun setengah mereka tidak berjumpa. Ianya berlaku kerana Asyraf
menyambung pelajarannya di Toronto, Canada. Abangnya hanya akan pulang jika
cuti semester. Tapi kalau masa musim perayaan, belum tentu abangnya akan pulang
seperti raya tahun lepas.
Tubuh
sasa milik Asyraf dipeluk erat oleh adiknya. Biasalah tu. Orang tak nampak
mukanya hampir setahun. Asyraf hanya membalas dengan menggosok kepala adiknya
itu. Setelah melepaskan pelukan, Aeman baru sahaja muncul dari dapur. Dia terus
meluru ke arah Asyraf dan melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Sofea
Aresya. Bibir Asyraf terukir senyuman. Dia terasa dirinya dihargai. Sangat dihargai
dan disayangi.
“Hmm. Sudah-sudahlah peluk memeluk tu. Rimas
abang kau orang tu. Dah ke sini. Letak je beg kat situ. Jom kita pergi makan. Ibu
dah siapkan masakan istimewa buat Asyraf.” Puan Sufiah mengukirkan senyuman
apabila melihat adegan tersebut. Sungguh begitu rapatnya silaturrahim antara
mereka tiga beradik. Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Mereka
semua mengikuti langkah Puan Sufiah ke dapur untuk menikmati makan tengahari.
Asyraf rasa terharu dengan kasih sayang yang dilimpahkan oleh ibu terhadapa
dirinya. Hanya kerana kepulangannya, ibu sanggup masak makanan yang spesial
buat dirinya.
Ahhh!
Ibuku memang terbaik! – hati Asyraf berkata-kata.
Mereka sekeluarga menikmati makan tengahari
dengan mendengar pelbagai cerita menarik, suka duka Asyraf di Toronto, Canada.
Sayangnya, suami kepada Puan Sufiah dan ayah kepada anak-anaknya tidak berada
disitu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan dengan segera diluar kota.
Malam
itu, langit kelihatan cerah kerana disimbahi cahaya bulan yang
terang-benderang. Bibir mungil Sofea Aresya terukir senyuman. Bintang-bintang
yang bertaburan di langit menyerikan lagi suasana malam pada ketika itu. Baginya,
melihat langit dapat menenangkan hatinya. Sebuah kedamaian terselit masuk ke
dalam hatinya. Tiba-tiba wajah Rayyan Harraz terlintas di ingatannya. Wajahnya
seolah-olah terlukis di dada langit. Sofea Aresya terkejut lalu di
tenyeh-tenyeh matanya yang bulat dan besar itu. Setelah itu, dia kembali
melihat langit.
“Fuhhh! Lega aku. Mencacatkan pemandangan
saja kalau wajah pelik itu ada.” Sofea Aresya berkata-kata separuh berbisik
sambil menggosok dadanya dek terkejut dengan bayangan wajah Rayyan yang secara
tiba-tiba timbul di dada langit.
Tanpa
disedari olehnya....
“Haiii! Siapa yang mencacatkan pemandangan
tu?” tegur Asyraf yang sudah lama berdiri lama di pintu untuk ke balkoni di
mana adik perempuannya itu duduk.
Sofea
Aresya terkejut dengan sapaan abangnya itu mengucap panjang.
“Hishh abang Asy niii. Sengaja nak bagi
orang terkejut.”
“Alamak! Marah pulak dia. Abang Asy berdiri
kat sini dah lama dah ceq oiii. Esya je yang tak perasan.”
“Elehh. Kalau ye pun bagilah salam dulu.”
“Yelah. Yelah tok nek oi. Assalamualaikum!”
“Hehehehe! Macam tulah. Nak join ke? Sini-sini!”
“Ohoh! Memang nak join dari tadi tapi takutlah pulak sebab orang tu just like crazy girl. Hehehe.”
“Abangg Asy ni sengaja je kannnnn. Dah
lah. Jangan nak mengada. Duduklah. Kalau tak nak duduk tolong lenyapkan diri
anda dari penglihatan saya. Mohon usul di terima.”
“Hahahaa! Tolonglah. You talked like mangkuk tingkat. Hehehe.” Balas Asyraf sambil
mengambil tempat duduk disebelah Sofea Aresya.
Mereka
berdua sibuk bertanyakan tentang kehidupan masing-masing. Bajet macam orang dah beranak
pinak. Asyraf sibuk menanyakan kepada
adik perempuannya tentang persekolahannya dan pelbagai lagi.
Begitu juga dengan
Sofea Aresya. Dalam banyak-banyak soalan, ada juga terselit soalan tentang dia
punya kekasih ataupun tidak. Dia hanya menggaru kepala kerana dirinya tidak
punya calon lagi. Lagipun dia masih belajar dan lagi setahun sahaja untuk
menghabiskan ijazahnya di universiti terkemuka Toronto, Canada.
“Abang Asy! Esok boleh hantar Esya pergi
library tak?”
“Hmmm.. Boleh je. Tapi bukan Esya ada
motor sendiri ke?”
“Urmm.. Malas.. hehehe.”
“Malas je kejenye. Okay. Siap awal. Sebab
abang Asy nak kena pergi satu tempat.”
“Yelah tu. “
Setelah
itu, mereka masing-masing melayani perasaan di bawah cahaya bulan dan bintang
yang berkelipan di dada langit.
Ternyata
bukan Sofea Aresya dan Asyraf sahaja yang menikmati keindahan malam bulan
purnama itu. Rayyan Harraz juga begitu. Dia berasa senang melihat keindahan
dada langit pada malam itu. Rayyan Harraz terbaring di tepi kolam renang di
rumahnya itu. Dia keletihan berenang tidak henti-henti selama hampir tiga puluh
minit. Wajahnya itu dihadap ke langit untuk menikmati keindahannya.
Sudah
seminggu dia berada disekolah barunya. Teman-teman lamanya tidak juga
menghubunginya bertanya khabarnya. Tidak mengapalah. Mungkin mereka sedang
sibuk. Rayyan berfikir positif. Malas dia untuk bersangka buruk. Esok dia akan
menyiapkan projek pembentangan bahasa inggeris bersama Sofea Aresya. Seorang
gadis yang pelik yang baru dikenalinya. Itu pertama kali dia berjumpa dengan
perempuan seperti itu. Seram juga kalau difikirkan. Ada juga kelakarnya.
Lamunannya
terhenti apabila terdengar panggilan dari mamanya.
bersambung...