Assalamualaikum semua saudara se-islamku....
Alhamdulillah... Aku diberi kesempatan untuk terus menikmati hidup ini.
Okay, actually aku terbaca satu artikal ni mengenai bersyukur. So, aku teringin nak share dengan korang semua supaya kita sama-sama mendapat benefit from this articel, InsyaAllah.
The title is "Minoriti Yang Bersyukur"
Pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata : "Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan orang yang sedikit!" Doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.
Selepas selesai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan orang yang sedikit!)? Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"
Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah : "Sesungguhnya Kami(Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur." (Surah al-A'raf 7:10)
Kata pemuda itu lagi: "Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada diri sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih alim daripada kamu."
#Doa kedengaran aneh tetapi benar ini telah mengejutkan Sayidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi golongan minoriti yan bersyukur. Hanya orang yang bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memliki sifat bersyukur, dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kaya hati.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud."Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar iailah kaya hati."(riwayat al-bukhari)
*Aku harap korang dapat benefit apa yang korang baca tadi. Semoga kita tergolong dala orang yang selalu bersyukur. InsyaAllah. Ameen.
No comments:
Post a Comment