Friday, 1 June 2012

loved letter from me (7)


ABANG ASY!! – jerit Sofea Aresya sebaik sahaja melihat sebatang tubuh yang agak sasa milik abangnya yang bernama Asyraf.

Sudah hampir setahun setengah mereka tidak berjumpa. Ianya berlaku kerana Asyraf menyambung pelajarannya di Toronto, Canada. Abangnya hanya akan pulang jika cuti semester. Tapi kalau masa musim perayaan, belum tentu abangnya akan pulang seperti raya tahun lepas.

Tubuh sasa milik Asyraf dipeluk erat oleh adiknya. Biasalah tu. Orang tak nampak mukanya hampir setahun. Asyraf hanya membalas dengan menggosok kepala adiknya itu. Setelah melepaskan pelukan, Aeman baru sahaja muncul dari dapur. Dia terus meluru ke arah Asyraf dan melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Sofea Aresya. Bibir Asyraf terukir senyuman. Dia terasa dirinya dihargai. Sangat dihargai dan disayangi.

     “Hmm. Sudah-sudahlah peluk memeluk tu. Rimas abang kau orang tu. Dah ke sini. Letak je beg kat situ. Jom kita pergi makan. Ibu dah siapkan masakan istimewa buat Asyraf.” Puan Sufiah mengukirkan senyuman apabila melihat adegan tersebut. Sungguh begitu rapatnya silaturrahim antara mereka tiga beradik. Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Mereka semua mengikuti langkah Puan Sufiah ke dapur untuk menikmati makan tengahari. Asyraf rasa terharu dengan kasih sayang yang dilimpahkan oleh ibu terhadapa dirinya. Hanya kerana kepulangannya, ibu sanggup masak makanan yang spesial buat dirinya.

Ahhh! Ibuku memang terbaik! – hati Asyraf berkata-kata.

 Mereka sekeluarga menikmati makan tengahari dengan mendengar pelbagai cerita menarik, suka duka Asyraf di Toronto, Canada. Sayangnya, suami kepada Puan Sufiah dan ayah kepada anak-anaknya tidak berada disitu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan dengan segera diluar kota.

Malam itu, langit kelihatan cerah kerana disimbahi cahaya bulan yang terang-benderang. Bibir mungil Sofea Aresya terukir senyuman. Bintang-bintang yang bertaburan di langit menyerikan lagi suasana malam pada ketika itu. Baginya, melihat langit dapat menenangkan hatinya. Sebuah kedamaian terselit masuk ke dalam hatinya. Tiba-tiba wajah Rayyan Harraz terlintas di ingatannya. Wajahnya seolah-olah terlukis di dada langit. Sofea Aresya terkejut lalu di tenyeh-tenyeh matanya yang bulat dan besar itu. Setelah itu, dia kembali melihat langit.

     “Fuhhh! Lega aku. Mencacatkan pemandangan saja kalau wajah pelik itu ada.” Sofea Aresya berkata-kata separuh berbisik sambil menggosok dadanya dek terkejut dengan bayangan wajah Rayyan yang secara tiba-tiba timbul di dada langit.

Tanpa disedari olehnya....

     “Haiii! Siapa yang mencacatkan pemandangan tu?” tegur Asyraf yang sudah lama berdiri lama di pintu untuk ke balkoni di mana adik perempuannya itu duduk.

Sofea Aresya terkejut dengan sapaan abangnya itu mengucap panjang.

     “Hishh abang Asy niii. Sengaja nak bagi orang terkejut.”

     “Alamak! Marah pulak dia. Abang Asy berdiri kat sini dah lama dah ceq oiii. Esya je yang tak perasan.”

     “Elehh. Kalau ye pun bagilah salam dulu.”

     “Yelah. Yelah tok nek oi. Assalamualaikum!”

     “Hehehehe! Macam tulah. Nak join ke? Sini-sini!”

     “Ohoh! Memang nak join dari tadi tapi takutlah pulak sebab orang tu just like crazy girl. Hehehe.”

     “Abangg Asy ni sengaja je kannnnn. Dah lah. Jangan nak mengada. Duduklah. Kalau tak nak duduk tolong lenyapkan diri anda dari penglihatan saya. Mohon usul di terima.”

     “Hahahaa! Tolonglah. You talked like mangkuk tingkat. Hehehe.” Balas Asyraf sambil mengambil tempat duduk disebelah Sofea Aresya.

Mereka berdua sibuk bertanyakan tentang kehidupan masing-masing. Bajet macam orang dah beranak 
pinak. Asyraf sibuk menanyakan kepada adik perempuannya tentang persekolahannya dan pelbagai lagi. 
Begitu juga dengan Sofea Aresya. Dalam banyak-banyak soalan, ada juga terselit soalan tentang dia punya kekasih ataupun tidak. Dia hanya menggaru kepala kerana dirinya tidak punya calon lagi. Lagipun dia masih belajar dan lagi setahun sahaja untuk menghabiskan ijazahnya di universiti terkemuka Toronto, Canada.

     “Abang Asy! Esok boleh hantar Esya pergi library tak?”

     “Hmmm.. Boleh je. Tapi bukan Esya ada motor sendiri ke?”

     “Urmm.. Malas.. hehehe.”

     “Malas je kejenye. Okay. Siap awal. Sebab abang Asy nak kena pergi satu tempat.”

     “Yelah tu. “

Setelah itu, mereka masing-masing melayani perasaan di bawah cahaya bulan dan bintang yang berkelipan di dada langit.

Ternyata bukan Sofea Aresya dan Asyraf sahaja yang menikmati keindahan malam bulan purnama itu. Rayyan Harraz juga begitu. Dia berasa senang melihat keindahan dada langit pada malam itu. Rayyan Harraz terbaring di tepi kolam renang di rumahnya itu. Dia keletihan berenang tidak henti-henti selama hampir tiga puluh minit. Wajahnya itu dihadap ke langit untuk menikmati keindahannya.

Sudah seminggu dia berada disekolah barunya. Teman-teman lamanya tidak juga menghubunginya bertanya khabarnya. Tidak mengapalah. Mungkin mereka sedang sibuk. Rayyan berfikir positif. Malas dia untuk bersangka buruk. Esok dia akan menyiapkan projek pembentangan bahasa inggeris bersama Sofea Aresya. Seorang gadis yang pelik yang baru dikenalinya. Itu pertama kali dia berjumpa dengan perempuan seperti itu. Seram juga kalau difikirkan. Ada juga kelakarnya.

Lamunannya terhenti apabila terdengar panggilan dari mamanya.
bersambung...

No comments:

Post a Comment