Sudah seminggu lebih Rayyan berada di
sekolah tersebut. Dia berasa selesa dengan layanan baik daripada teman-teman
barunya itu. Dia merasai suasana baru dalam kelasnya itu. Walaupun pelajar
lelaki dan perempuan seringkali bertengkar, tetapi benda itu nampak kelakar.
Mesti indah gila untuk diingati bila habis persekolahan nanti. Guru-guru yang
mengajar di dalam kelas itu pun nampak okay-okay je. Tak adalah garang dan
bengis macam harimau nak makan orang.
Rayyan yang berketerampilan kemas itu
mengelamun sehingga tidak menyedari Farid memanggilnya.
“Rayyan... Hello??..” Panggil Farid sambil memetik jari betul-betul
dihadapan muka Rayyan.
Rayyan agak terkejut tapi dia pandai
cover line.
“Emm, sorry. Kenapa?” Tanya Rayyan dengan lagak wajah yang tenang.
“Alah kau ni. buat muka cool pulak depan aku. Hmm. Yang kau duduk
tersenyum sorang-sorang tu kenapa? Sambil pandang wajah budak tong gas kat
depan tu kenapa?”
“Aihh, masa bila aku pandang orang?”
“Buat lawak la kau ni. Tu apa bendanya. Siap tersengih lagi tengok kau.
Haahahaha. Serius tak boleh belah langsung lah. Hahaaha.”
“Erkk??! Aku bukan pandang dia pun. Adeiiii.. Problems betullah.” Rayyan
menepuk dahi apabila menyedari perbuatannya itu menyebabkan orang salah faham
terhadapnya.
“Tu laa kau. Dahlah. Biar je lah. Jom masuk
kelas. Waktu rehat dah habis. Nanti kena marah pula dengan cikgu sebab masuk
lambat.”
Mereka berdua bangkit meninggalkan
kantin bersama pelajar perempuan yang tengah angau dengan penyakit syok
sendiri.
Sofea Aresya dan Amira berjalan
beriringan menuju ke kelas. Amira tak habis-habis dengan cerita pasal Rayyan
yang merupakan pelajar baru dalam kelas tu. Sudahlah hensem, pandai pulak tu. Kalau
nak ikutkan dalam ranking pertama lelaki paling kacak dalam sekolah ni, sudah
semestinya Rayyan yang memegang gelaran itu. The Flower Boys.
Sedang berjalan menuju ke kelas, Sofea
Aresya dan Amira berselisih dengan Rayyan dan Farid. Amira agak terkejut.
Panjang juga umur si Rayyan tu. Baru sebut nama dia, dah muncul depan mata.
Sofea Aresya buat muka selamba apabila berselisih dengan mereka. Begitu juga
Farid dan Rayyan. Farid hanya menegur “Dah habis melantak ke?”. Tu je dan itu
pun di balas oleh Amira yang pandai dalam bab-bab membalas dan memangkah orang.
Kelas selepas rehat bermula....
“Ohhh, maknanya saya kena satu kumpulan dengan dia ke cikgu?”
“Yelah, cik Sofeaa. Kenapa? Ada apa-apa masalah.”
“Errr. Tak ada apa-apa. Terima kasih, cikgu.. Huh...” Sofea Aresya
melepaskan keluhannya sebaik saja kembali ke tempat duduknya selepas bertanya
kepada cikgu.
Wajah Rayyan dipandangnya. Kenapa dia
perlu berkumpulan dengan lelaki yang dia pernah tahu asal-usul dia? Wajah
bersih itu ditenung lama dengan pandangan kosong. Tidak tahu kenapa dia
melemparkan pandangannya kepada lelaki itu. Muka blurr nya itu terserlah
sewaktu memandang wajah Rayyan.
Rayyan terasa dirinya diperhatikan
memandang ke arah Sofea Aresya. Dia membuat muka pelik apabila melihat Sofea
Aresya sedang merenungnya dengan muka blurr yang sukar untuk ditafsirkan.
Apa masalah minah ni??
– Hati Rayyan berbisik.
Sofea Aresya tersedar. Belum sempat dia
mengalihkan pandangannya, Rayyan terlebih dahulu membuat muka tiada perasaan
lalu memandang kembali ke hadapan. Sofea Aresya menggaru dagunya yang tidak
gatal.
Eiii.. mesti mamat ni perasan gila yang
aku syok kat dia. Ohh MG! Tolonglahh. Tak teringin pun aku kat kau. Huh! Dah la
bisu! Senyap je keje kau. Macam tak ada mulut nak bercakap. Cubalah mesra alam
macam aku ni haa. – Giliran Sofea Aresya pula. Dia
menyumpah Rayyan sambil menggenggam penumbuk.
Amira yang berada disebelah Sofea Aresya
memandangnya pelik. Mujurlah cikgu dah lama keluar dari kelas.
Apa kena dengan member aku yang sorang
ni? Genggam penumbuk dengan reaksi muka seperti orang tengah sembelit. Aihh
mak. Pelik! Pelik! – Hati Amira berkata-kata melihat
sahabatnya seorang itu.
“Eh, Fea. Kau ni kenapa? Macam orang tahan sembelit dah aku tengok.”
Tegur Amira.
“Ahh??! Emm. Tak ada apa-apa. Eh, cikgu mana?”
“Hmm.. Nampak sangat tidur mata terbuka. Cikgu dah lama keluarlah. Yang
kau ni kenapa? Tak sihat ke? Ada sembelit? Tak apa. Nanti aku tolong belikan
ubat untuk kau.”
“Erkk?? Jangan merepek boleh tak. Masa bila pula aku sembelit. Aisehh,
kau ni cakap...”
“Hehehehe. Yelah, sorryy! Manalah aku tauu. Kot-kot lah.”
“Hmmm. Sebut pasal sembelit ni kan, jom blah ke tandas. Tiba-tiba aku
nak pergi perjumpaan urine club lah.”
“Ahh? Urine club? Aihh. Sejak bila pula wujud kelab macam tu kat sekolah
kita ni. aku tak pernah dengar pun.”
“Hahaha! Ngek lah kau ni. Aku nak buang air kecil lahh. Takkan aku nak
cakap direct terus kot. Berlapiklah dohh.”
Amira mengangguk faham. Mereka berdua
bangkit dari bangku menuju ke luar kelas untuk ke tandas. Tanpa disedari,
pergerakan mereka diperhatikan oleh Rayyan. Setelah mereka berdua hilang dari
pandangan Rayyan, dia mengambil buku nota berkulit keras kepunyaan Sofea Aresya
dan meletakkan kertas kajang yang berlipat empat segi empat tanpa disedari oleh
sesiapa pun.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment