Dia mengemas begnya bersama lipatan
kertas yang belum di baca berada di dalam poket bajunya. Setelah selesai
berkemas, dia keluar dari kelas untuk pulang. Pada ketika itu hanya beberapa
orang pelajar lelaki kelasnya yang belum pulang. Dia pamit kepada mereka lalu
berjalan menuju ke pintu kelas untuk terus pulang. Sewaktu menuruni tangga
untuk ke tingkat bawah, ramai pelajar yang berpusu-pusu dan kalutu untuk pulang
ke rumah masing-masing. Termasuklah Rayyan.
Rayyan jalan dengan gayanya yang
kelihatan cool itu tetapi kehenseman wajahnya sengaja disembunyikan disebalik
cermin matanya yang agak besar baginya. Ramai orang tidak menyedari akan hal
itu. Mereka menganggap Rayyan itu seperti halimunan dan Rayyan juga berharap
seperti itu. Dia tidak mahu dirinya diminati ramai sehingga ada yang finatik
terhadap dirinya seperti disekolahnya yang dulu.
Sampai sahaja dia di pintu keluar dari
sekolah yang tersergam indah itu, dia terus berjalan kaki. Dia tidak kisah
berjalan lama asalkan tiada siapa yang nampak dirinya itu menaiki kereta mewah.
Sengaja dia berbuat begitu. dia tidak suka nanti ada orang yang berkawan
dengannya kerana hal yang tidak patut. Jika hal itu terjadi, ia membuatkan
dirinya rasa seperti hendak membunuh saja orang tersebut.
Agak lama juga dia berjalan dan dia
menyedari ada sebuah kereta yang mengikutinya dan dia tahu itu kereta siapa. Setelah
dia merasakan dirinya agak jauh dari sekolah, barulah Rayyan berpusing ke
belekang lalu menaiki kereta tersebut.
“Assalamualaikum, pakcik Amin. Maaflah sebab menyusahkan pakcik.” Rayyan
menegur ramah pemandu kereta papanya itu.
“Waalaikumsalam, Rayyan. Eh Rayyan ni. Tak menyusahkan pun cuma pakcik
pelik je. Kenapa Rayyan buat macam tu.”
“Oh! Hhehee. Tak tahulah pakcik. Tapi setiap hari pakcik ambik Rayyan
kat sini, okey?”
Pertanyaan Rayyan dibalas dengan
anggukan pakcik Amin. Kereta BMW berwarna hitam berkilat itu bergerak
laju meninggalkan tempat itu.
Sewaktu dia termenung di dalam kereta,
dia teringat akan sesuatu. Tangannya dengan pantas dibawa masuk ke dalam poket
bajunya itu lalu dikeluarkan sesuatu. Apa lagi kalau bukan lipatan kertas yang
diberikan oleh gadis comel yang bernama Sofea Aresya.
Perlahan-lahan dia membaca tulisan yang
kelihatan kemas dan cantik itu.
To : Rian Haras.
Baru sahaja baca ayat pertama membuatkan
dahinya berkerut.
“Deiii! Ini budak tak reti eja nama aku
ke?! Mama dan papa bagi punyalah sedap siap menjilat jari lagi. tapi budak
nii.. Wow!” – hati kecil Rayyan berbisik geram.
Tapi geramnya itu segera dipadam dengan
istighfar. Dia menyambung membaca tulisan tadi.
Hmmm. Yelah tu. Buat dekat library lah
senang. Tak ganggu orang. By the way, kenapa kau ni pelik sangat eh? Kecik-kecik
dulu memang suka eh main hantar-hantar surat? Hoho. Tak apa. Aku faham. So,
jawapan aku dah bagi. Kau bawak apa yang patut ye budak pelik. HAHA!
Budak baik,
Sofea Aresya.
Rayyan menggeleng kepala sambil melipat
kembali kertas itu lalu di letak di dalam poket bajunya. Secukup rasa je Sofea
Aresya memanggilnya budak pelik. Inilah baru pertama kali dia berjumpa dengan
makhluk halus seperti Sofea Aresya. Sesedap rasa je panggil macam tu. geram
juga Rayyan tapi segera dipadam. Dia tidak mahu hal kacang seperti itu
dipanjangkan. Tapi serius, berani juga si Sofea Aresya tu memanggilnya seperti
itu. Mentang-mentanglah dia budak baru disitu. Tapi tak wajar kalau perempuan
yang buat seperti itu. Ah! Biarkan. Manusia memang sudah tergolek terbalik.
Sofea Aresya pulang ke rumah dengan
menaiki motor berjenama Yamaha Nouvo LC berwarna putih. Sebaik sahaja masuk ke
perkarangan rumahnya itu, dia memarking motornya di garaj kereta yang menempatkan
kereta ayah dan ibunya. Sofea Aresya masuk ke dalam rumah lalu memberi salam. Tetapi
tiada siapa yang menyahut. Dia pergi ke dapur, kelihatan ibu dan yang lain
sibuk menyediakan makan tengahari di dapur. Pelik! Awal pula ibu pulang hari
ni. Dia naik ke tingkat untuk pergi ke biliknya. Dia meletakkan di beg
sekolahnya di tepi katil lalu mencapai tuala. Dia hendak membersihkan dirinya
dahulu. Setelah solat zohor, barulah dia turun.
Puan Sufiah sibuk menghidangkan makanan
di atas meja makan dengan dibantu oleh Aeman yang berumur 12 tahun.
“Eh Man, kak Esya dah balik ke?”
“Tak tahulah, bu. Tadi dengar macam orang bagi salam. Suara pun
serak-serak basah macam kak Esya. Rock gitu. Hehe.”
“Ish Man ni. Ada pulak macam tu. kak Esya mesti tak tahu lagi ni.”
“Tu la. Tak apa. Bagi suprise dekat dia. Hehe.”
“Yelah. Dah pergi tengok kak Esya kat bilik dia. Tengok sama ada dia dah
balik ke belum. Kalau dia ada kat bilik tu panggil dia turun.”
“Okey, bu.”
Aeman terus bergegas naik ke tingkat
atas lalu menuju ke bilik kakaknya. Pintu bilik di ketuk beberapa kali tetapi
tiada sahutan. Lalu Aeman mengambil keputusan untuk membuka sahaja pintu.
Sebaik sahaja membuka pintu, dia melihat kakaknya sedang solat. Aeman tidak
terus menutup pintu tetapi dia pergi duduk di tepi katil menunggu kakaknya
habis solat.
Selesai membaca doa, Sofea Aresya
memandang ke belakang.
“Lah, Aeman ke. Kak Esya ingat siapa tadi. Hmm.ada apa?”
“Ibu panggil turun. Tolong ibu sediakan makanan tengahari.”
“Oh! Okey. Tapi kenapa hari ni ibu balik awal? Selalunya pukul tiga
setengah petang baru ibu balik. Tapi
hari ni, pukul dua. Memang awal gila.”
“Hehehe. Adalah tu. Nantilah. Kak Esya akan tahu sendiri. Dah jom turun.”
Aeman menarik tangan kakaknya yang baru
selesai menyangkut telekung di tempat yang sepatutnya.
Sofea Aresya turun ke dapur bersama
adiknya itu. Perutnya tiba-tiba menjadi lapar apabila melihat banyak makanan
yang terhidang di atas meja. Tambah-tambah itu makanan masakan ibunya yang
tersayang. Muahaaha.
Tanpa berlengah, dia menolong ibunya. Sekejap
saja sudah selesai. Dan sewaktu itulah kedengaran orang memberi salam.
Sofea Aresya pergi menuju untuk melihat
siapakah orang yang memberi salam.
Wajah Sofea Aresya berseri-seri melihat
siapa yang datang ke rumahnya itu.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment