Sofea Aresya kembali semula ke kelas
bersama Amira dengan hati yang gembira. Biasalah, orang baru lepaskan hajat
yang terpendam. Mereka berdua berjalan menuju ke tempat duduk mereka. Suasana
dalam kelas agak sunyi walaupun ketiadaan cikgu. Budak baiklah katakan. Sofea
Aresya duduk mengadap buku notanya itu. Manakala Amira sibuk bersembang dengan
Damia yang duduk di hadapannya. Sofea Aresya tidak berminat untuk join perbincangan
atau lebih spesifik GOSIP.
Sedang asyik semua dengan hal sendiri,
cikgu yang sepatutnya masuk ke kelas mereka untuk mengajar ketika itu berada di
hadapan muka pintu. Keadaannya kelihatan seperti termengah-mengah. Peluh juga
menitik membasahi dahinya yang sudah berkerut-kerut menahan letih.
“Umm. Maaf, hari ni cikgu tak dapat masuk ke kelas kamu untuk mengajar.
Termasuk cikgu kamu yang akan mengajar mata pelajaran seterusnya sampailah
balik.”
“Ahh? Ouh. Kenapa cikgu??”
“Hari ni ada mesyuarat tergempar sebab orang kementerian datang buat
mesyuarat kat sini secara mengejut. Semua cikgu terlibat dan pengawas dan ketua
kelas diarahkan mengawal suasana dalam kelas supaya tidak bising. Okay, cikgu
pergi dulu sebab dah lambat ni.”
“Baik cikgu.”
Seketika kemudian, cikgu itu lenyap dari
pandangan mata mereka semua. Kelas masing dalam keadaan terkawal. Sofea Aresya
mula buat muka bosan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kerja sekolah hari
ni tidak ada. Jadi, apa yang perlu dia buat? Nak bersembang atau bergosip?
Ahhh! Dia tidak ada mood untuk melakukan perkara itu. Sudahnya buku nota kulit
keras miliknya itu dibuka. Dia pelik ada lipatan kertas terselit di buku
notanya itu. Dia menarik lipatan kertas itu lalu membukanya.
Dia pelik macam mana surat itu boleh
terselit di buku notanya itu. Perlahan-lahan satu perkataan dibacanya.
To, Sofea Aresya
Di sini ada hal penting nak bagitau.
Saya malas nak cakap face to face, jadi perkara yang terbaik untuk bagitau awak
adalah dengan menulis surat ni. Hmm. Okay, pasal projek tu kita start esok.
Kalau cepat siap lagi bagus sebab banyak kerja lagi yang menunggu. Then, kita
buat dekat rumah awak, tidakpun rumah saya. Kalau tak boleh, kita buat je dekat
library. So, saya dah bagi cadangan tempat yang sesuai dan yang akan decide
tempat tu adalah awak. Saya tak kisah kat mana pun asalkan kerja tu boleh siap
dengan cepat.
Jawapan perlu diberi sekarang juga ya.
From, Rayyan Harraz J
Dia membaca dengan kening yang berkerut.
Tidak tahu apa masalah lelaki yang seorang ni. Datang dari zaman mana entah
lah. Haiyaaaa. Setelah selesai membacanya, dia menjeling ke tepi di mana tempat
Rayyan duduk. Muka Rayyan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dengan cermin mata yang agak besar macam tokwan tapi
sesuai dengan mukanya. Macam-macam lah perangai manusia ni.
Sehelai kertas di tarik dari buku
notanya lalu dia menulis di atasnya untuk membalas surat si budak lelaki pelik
yang bernama Rayyan. Sebaik sahaja selesai menulis, Sofea Aresya memandang
Rayyan. Rayyan tetap dalam keadaan seperti tadi. Tangannya melunjur kehadapan
seperti gaya superman. Muka dia hilang entah ke mana di sebalik tangannya yang
berbalutkan baju sekola yang berlengan panjang.
Dalam keadaan semua orang tengah leka
dengan aktiviti masing-masing termasuklah manusia pelik yang bernama Rayyan
itu, Sofea Aresya meletakkan kertas yang dilipat itu di bawah buku teks sejarah
tingkatan empat milik Rayyan.
Lama juga Rayyan tertidur sehinggalah
loceng berbunyi menandakan telah tiba masanya untuk mereka semua pulang.
Badannya menggeliat sambil tangannya di tarik ke atas. Tanpa disedari, jari
tangannya yang diregangkan itu hampir tertusuk masuk ke dalam lubang hidup
Sofea Aresya yang bersiap sedia berdiri dan mahu pulang ke rumah.
“Wooiii, apa nii???!” Marah Sofea Aresya lalu menepis tangan Rayyan.
“Erkk! Sorry. Sorry. Saaa..sa.yaaa t.. tak seng..ajaa..” Rayyan terkejut
dan menjadi gugup. Takut dirinya dipangkat laki pengotor di muka bumi ni.
Manalah dia tahu yang Sofea Aresya
berdiri di belakang tanganya.
“Huh, banyaklah kau. Aku cepuk
juga kepala kau ni. Nak sangat korek lubang hidung aku. kenapa? Lubang hidung
kau tak ada??. Errrr” Sofea Aresya bebal lalu meninggalkan Rayyan dalam keadaan
terpinga-pinga. Mujurlah suara Sofea Aresya itu perlahan. Kalau tak, mati
Rayyan dibuatnya.
Rayyan sedar itu kesalahannya. Tanpa berlengah,
dia mengajar Sofea Aresya untuk meminta maaf. Sungguh dia tidak bermaksud
hendak buat seperti itu. Dia tidak mahu hubungannya dengan sesiapa rosak begitu
saja dan dia paling benci akan pergaduhan.
Sofea Aresyaa! Tunggu! – Jerit Rayyan tidak
seberapa kuat tapi masih jelas dipendengaran Sofea Aresya.
Sofea Aresya memandang ke belakang.
“Kau nak apa lagi? Tak cukup ke dengan percubaan kau nak korek lubang
hidung aku ni?”
“Err. No. Saya tak berniat nak buat macam tu. Umm. I’m so
sorry. Please forgive me. Kalau awak nak, saya boleh buat public
apologize.”
Sofea Aresya berfikir sejenak. Kesian pula
dengan manusia pelik ni. Baru masuk sekolah ni dah kena macam-macam.
“Err. Eh, tak payahlah. Bukan serius pun. Cuma ni kali terakhir kau buat
macam tu. dah dapat kertas balasan aku ke belum?”
“Thanks you so much, Sofea Aresya. Oh! Belum lagi.”
“Kalau macam tu pergilah tengok. Nanti melayang
pula kertas tu kat tangan orang lain even kertas tu tak penting pun.”
“OH! You’re right!”
“Hmm. Okey, aku nak balik rumah dulu. Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam.”
Mereka berdua berpisah ditepi tangga.
Rayyan berjalan menuju ke kelas dengan senyuman yang sukar ditafsirkan. Barangkali
dia gembira keran dimaafkan oleh gadis yang bernama Sofea Aresya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment