Friday, 18 May 2012

meletakkan jodoh secara terhormat

Assalamualaikum ! ,

Ni post kedua, so aku nak story about jodoh ni.
Hmm. ramai yang menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang, tapi kenyataannya TIDAK SAMA SEKALI .
Jodoh adalah KETETAPAN ALLAH SWT yang tidak berubah biarpun sedikit.

#Jadi Kesimpulannya Jodoh itu adalah RAHSIA ALLAH SWT.


Kita perlu mengukur cinta memilih jodoh.

  • meletakkan Jodoh secara terhormat
Bagi memastikan kehidupan rumah tangga berjalan lancar, kita harus melayan jodoh itu dengan baik. Bagaimana cara memperlakukan jodoh dengan mulia dan terhormat ? Itu persoalan yang sentiasa bermain dibenak fikiran kita.
-mempertemukan nafsu dan cinta dalam jodoh? Nafsu sudah kita ketahui ia merupakan anugerah Allah kepada setiap manusia yang dilahirkan dimuka bumi ini, namun sifatnya diibaratkan seperti PISAU BERMATA DUA.
Ianya terpulang kepada pemiliknya bagaimana mahu menggunakan pisau itu. apabila digunakan bagi memotong sayur ataupun daging dan memasak di dapur, beerti pisau itu memiliki nilai yang tinggi. Namun, apabila ia diguna untuk membunuh orang tanpa alasan yang munasabah, sudah tentu nilainya memudaratkan. Sama juga dengan nafsu. Terpulang kepada pemilik nafsu bagaimana mahu menggunakan dan mengendalikannya.
BAGAIMANA HENDAK MENGAWAL NAFSU??
Ia tidak lain tidak bukan, adalah menemukan nafsu itu dengan anugerah Allah yang bernama CINTA.
Cinta mampu mengubah nafsu negatif menjadi positif. Cinta meneguhkan nafsu positif  dan kemudian memimpinnya kepada unsur rohani yang baik. Dalam KONTEKS CINTA KASIH,
ia dinamakan JODOH.
sebabnya, nafsu tanpa cinta seperti berada dalam KEADAAN BUTA,  sedangkan cinta tanpa nafsu seperti berada dalam KEADAAN LUMPUH.
Banyak bukti berkaitan perkara ini yang kita dapat perhatikan. Nafsu tanpa cinta menyebabkan ramai anak luar nikah, sehinggakan ada yang tergamak membunuh anak yang tidak berdosa. Cinta tanpa nafsu pula melahirkan kehidupan seperti seorang pendeta.

#Kesimpulannya, ASASNYA, CINTA DAN NAFSU PERLU SEIRING DAN BERTEMU DALAM SATU WADAH SUCI YANG DINAMAKAN JODOH ! :D





No comments:

Post a Comment