Thursday, 17 May 2012

loved letter from me (3)


Selesai solat Subuh, Sofea Aresya duduk di atas katil. Kotak kayu yang berwarna merah hati itu disimpan kembali di bawah katilnya. Kotak kayu yang sudah pasti miliknya kerana di situ banyak barang tertulis namanya. Dia bangun dari katilnya dan mencapai beg sekolah dan turun ke bawah menuju ke dapur untuk bersarapan bersama keluarganya.

     “Morning, Kak Esya!” Sapa Aeman apabila melihat kakaknya yang keduanya menghampiri dapur bersama beg sekolahnya.

Sofea Aresya hanya tersenyum saja lalu mengambil tempat duduk di sebelah Aeman dimeja makan. Jem strawberry kesukaannya di sapu ke atas roti lalu di suap ke mulutnya dengan penuh selera selepas membaca doa makan.

Puan Sufiah menuangkan air milo panas ke dalam cawan suaminya, Encik Arman. Puan Sufiah berkerja sebagai seorang guru dalam pelajaran matematik manakala Encik Arman seorang pakar motivasi dan pakar psychology.

     “Ibu, hari ini kat kelas Esya ada orang baru. Hehehe.”

     “Orang baru? Pelajar baru eh?”

     “Yupp!”

     “Amboihh, seronok semacam je anak mama ni. ada apa-apa ke ni?” Balas Puan Sufiah sambil mengukir senyuman.

Bahagia hatinya melihat anak-anaknya seronok. Ibu mana mahukan anaknya bersedih.

     “Okay. Dah selesai makan kan? Pergi pakai kasut tunggu ayah dekat luar ye.” Encik Arman bersuara apabila melihat Aeman dan Sofea Aresya selesai bersarapan. Puan Sufiah sudah bergerak terlebih dahulu kerana takut terlambat ke sekolahnya.

Sofea Aresya berjalan beriringan bersama Amira menuju masuk ke kelas. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Sebaik sahaja duduk dibangku, Cikgu Marina yang merupakan guru penyelaras tingkatan empat datang masuk ke dalam kelas 4 (SI) berserta senyuman bak bunga kembang pagi lah katakan.

     “Assalamualaikum. Maaf ye cikgu menganggu.”

     “Waalaikumsalam. Hehehe. Tak payahlah buat ayat sadis cikgu. Tak ganggu pun. Ada apa yang berlaku yang cikgu nak bagitau ke?”

     “Amboihh Zamir. Macam tau-tau je.”

     “Tau apa cikgu? Hehehe. Saya teka je tadi.”

     “Patutlah pun. Cikgu ingat kamu tahu. Mmm. Apa-apa pun, cikgu nak bagitau. Hari ini kelas kamu semua bakal menerima seorang pelajar baru.”

     “Ohh. Yang tu kami semua dah tahu. Cikgu Farieda bagitau semalam.” Balas Farid dengan senyuman.

     “Yelah, yelah. Ingatkan nak buat kejutan kat kamu tapi tak apalah. Hehehe. Rayyan. Please come in.”

Semua orang berdebar-debar menanti pelajar baru yang akan menyertai mereka belajar bersama nanti.

Rayyan atau nama penuhnya Rayyan Harraz Alwi menyedari namanya dipanggil melangkah masuk dengan rasa yang agak gemuruh. Apabila dia melangkah kaki masuk ke dalam kelas 4 (SI), semua mata tertumpu ke arahnya. Dia berdiri di hadapan kelas. Dia lihat senyum terpamer di wajah setiap insan yang memandangnya. Syukur! Mungkin mereka sudah menerimanya.

Rayyan di minta untuk memperkenalkan dirinya sebelum mengambil tempat duduk yang kosong di dalam kelas tersebut.

     “Ummm. Assalamualaikum dan Hello!” Dia mengangkat tangan dan melambai dengan gaya yang dirasakan comel membuatkan pelajar-pelajar perempuan cair melihatnya.

     “Nama kamu apa??” Tanya Izhar sambil mendongak dagu memandang Rayyan yang memiliki tubuh yang tegap dan tinggi lampai.

     “Rayyan Harraz Alwi. Umm ada apa-apa soalan nak tanya lagi? Sebab tak tahu nak cakap apa.” Rayyan menjawab pertanyaan bakal teman sekelasnya sambil menyukirkan senyuman menyebabkan lesung pipit di sebelah kiri pipinya terserlah.

     “SAYAAA!!!!” Farid mengangkat tangan dengan penuh semangat waja tahap dewa.

     “Eh kau ni. Pulun gila. Haha.” Balas Khairul yang duduk disebelah Farid. Faris hanya tersengih melihat kembarnya itu. Tiga suku lah katakan.

     “Ish kau ni. aku tengah semangat ni. Hal penting! Kalau tak tanya boleh kena sakit diebetes.”

     “Merepek lah kau ni mangkuk! Hahaha.”

     “Kau ni bebel macam mak neneklah. Dah! Aku nak tanya ni. Maaf Rayyan. Ada gangguan teknikal tadi. Biasalah, makhluk halus disebelah ni memang tak boleh nak duduk diam. Umm. Kenapa kau pindah ke sini? Bukan tanya sebab nak halau, aku cuma nak tahu je. Yelah, sekolah ni bukan sekolah kluster kau nak pergi.”

     “Mmm. Saja nak rasa persekitaran baru.” Balas Rayyan pendek. Bibir merahnya masih mengukirkan senyuman.

     “Okay. Rayyan kamu boleh duduk di meja sebaris dengan Sofea Aresya tu.”

Rayyan mengangguk tanpa membantah.

Dia berjalan menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh guru. Sofea Aresya buat muka bersahaja apabila Rayyan berjalan duduk disebelah meja sebaris dengannya. Rayyan yang mempunyai wajah seperti mat salleh menarik perhatian ramai perempuan didalam kelasnya itu. Tetapi tidak Sofea Aresya. Langsung tidak berminat untuk mengetahui siapakah lelaki itu walaupun sebelum ini dia yang beria-ria berminat mahu mengetahui siapakah budak baru itu. 

Bersambung...

No comments:

Post a Comment