Perkara yang diberitahu oleh Cikgu
Farieda menjadi topik perbualan pelajar-pelajar 4(SI). Tidak kira sama ada
lelaki ataupun perempuan masing-masing sibuk menceritakan dan membayangkan gaya
dan sebagainya tentang pelajar baru itu. Sedangkan orangnya masing belum
betul-betul berada di hadapan biji mata mereka. Sofea Aresya turut menjadi
peserta yang turut membincangkan tentang topik budak baru.
Topik itu menjadi perbualan hangat
pelajar-pelajar 4(SI). Topik itu masing dibincangkan walaupun mereka masing-masing
mahu pulang ke rumah. Tidak sabar rasanya menunggu hari esok.
“Hehehehe! Ecewahh! Entahlah rupa budak tu macam mana. Yang paling
penting kita usha dulu perangai budak tu macam mana. Jangan pula baru datang
sekolah ni buat kepala.” Amira bersuara kepada rakan-rakannya.
“Amboii kau.. Cakap macam kau tu lama sangat kat sekolah ni. hehehe.
“Erkk! Cakap kat aku, kau pun sama lah derrr. Hehehe! Ohh! Tak sabar
menanti hari esok umpama mawar yang sedang mekarrrrr...” Amira menyanyikan lagu
sambil mengangkat tangannya lagak seperti di atas pentas.
Sofea Aresya yang sudah masak dengan
perangai temannya itu hanya ketawa dan buat muzik latar. Teman yang lain hanya
ketawa dan menjongket bahu. Tahulah maksud mereka yang menyatakan Amira dan Sofea
Aresya sudah hilang kewarasan mereka.
Sebaik sahaja menyedari ramai orang
memandang mereka pelik, mereka berdua berhenti menyanyi dan berpandangan sesama
sendiri. Tak sampai sepuluh saat, mereka berdua ketawa. Biasalah tu. ketawa
semamangnya trademark mereka berdua.
Mereka berdua berpecah apabila berada di
pintu pagar utama sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing.
Pada malam itu, Sofea Aresya berbaring
di atas katil setelah kepenatan menelaah buku pelajaran. Tiba-tiba kata-kata
Cikgu Farieda petang tadi membuatkan dia terbayang bagaimana rupa pelajar baru
itu nanti. Macam mana perangainya.
“Hishh! Macam manalah rupa budak baru ni.. Hmmm.. Aihh. Yang aku buat
serabut otak ni kenapa. Lantaklah dia tu apa ke siapa ke. Ada kena mengena
dengan aku ke. Hehh... Masalah. Masalah.” Sofea Aresya berbicara sendirian
sambil matanya merenung syiling yang di hiasi lampu bulan dan bintang.
Sofea Aresya akhirnya tertidur keletihan
bersama bayangan yang cuba dibayangkan tentang pelajar yang baru yang langsung
tidak ada kena mengena dengan dirinya.
Di suatu tempat yang bersalji, Sofea
Aresya tercari-cari seseorang. Puas dia berlari ke sana ke mari mencari
seseorang tetapi orang itu tidak muncul. Sofea Aresya menoleh ke belakang
apabila terasa ada yang mencuit bahunya.
Sofea Aresya terkejut. Wajah itu tidak
begitu jelas di matanya walaupun orang itu berada betul-betul dihadapannya. Dia
menenyeh matanya berkali-kali untuk cuba melihat siapa yang berada di
hadapannya tetapi tidak berjaya untuk melihat orang itu. Pandangannya menjadi
kabur.
Suara itu dia cukup kenal. Cukup kenal
dengan suara itu iaitu milik kepada seseorang. Tetapi kenapa dihadapannya
kelihatan seperti seorang yang tinggi dan tegap? Entahlah. Dia tidak tahu. Sofea
Aresya menjauhkan dirinya daripada tubuh orang yang tidak dia kenali.
Sebenarnya dia tidak pasti sama ada dia mengenali orang itu ataupun tidak. Semakin jauh dia lari dari orang itu, semakin
jelas suara kanak-kanak kecil memanggil namanya. Dia menutup telinganya apabila
dia merasakan suara itu menganggunya dan menyuruh suara itu berhenti.
Berhentttiiiii!!!!!
Berhentttiiiiii!!!!!!
Jerit Sofea Aresya membuatkan dia terus
terjaga dari tidurnya. Segera dia beristighfar dan mengucap panjang. Dia meruap
wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Jam di atas meja tepi katilnya
dipandang lama. Jam baru menunjukkan pukul 3.30 pagi. Tahulah dia. Tak solat
isyak lagi. Memang patutlah dapat mimpi pelik seperti itu. Segera dia bangkit
dari katil dan berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi
menunaikan solat yang tidak tertunai lagi.
Selesai berdoa, Sofea Aresya duduk
berteleku bersama telekung yang masih belum terbuka. Sofea Aresya berbaring
diatas tikar sejadah dan wajahnya mengadap bawah katil. Di bawah katil, dia
terpandang sesuatu iaitu sebuah kotak kayu yang sederhana besar berwarna merah
hati. Sofea Aresya tertarik pada kotak kayu itu lalu dia mencapai kotak kayu
itu dengan tangannya.
Sofea Aresya terbatuk-batuk kerana
terdapat banyak habuk menyelaputi kotak kayu tersebut. Habuk itu segera disapu
dengan tangannya. Dia memandang kotak kayu itu lama. Di sisi kotak kayu itu
tertulis perkataan “My Melody of My Soul”. Sebaik sahaja membaca perkataan itu.
Kotak kayu itu dibuka. Tidak pernah dia
sedari kehadiran kotak kayu itu dibawah katilnya. Kotak kayu itu dipandang
pelik. Dan kemudiannya ia dibuka. Terdapat beberapa barang yang menarik perhatiannya.
Barangan yang sememangnya mengingatkan dia akan sesuatu tetapi dia tidak tahu
apakah perkara itu. Cuba dia ingati tetapi tidak boleh. Barangan itu adalah
bebola kaca, kotak muzik dan pelbagai lagi. Semua barang itu mengingatkan dia
akan sesuatu. Dia cuba mengingatinya tetapi tidak boleh.
Semua ini terlalu misteri buatnya. Kenapa
dia tidak mampu mengingati apa-apa? Banyak perkara yang tidak dapat dia ingati. Apabila di tanya kepada ibu dan ayahnya, mereka tidak memberikan apa-apa jawapan kepadanya. Malah mengubah topik pula. Tidak mengapalah. Dia redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment