Tuesday, 15 May 2012

loved letter from me (1)


     Pada pagi itu, cuaca kelihatan cerah sekali. Sofea Aresya bersama sahabat karibnya, Dyana sibuk menceritakan apa yang berlaku pada musim cuti sekolah bulan enam yang baru sahaja berlalu. Pelbagai pengalaman menarik yang diceritakan. Sedang asyik bersembang, Cikgu Farieda iaitu guru tingkatan bagi kelas 4 (SI) yang membawa maksud Sains dan Islam, masuk bersama buku matematik di tangan. Apa lagi yang ditunggu, Zamir sebagai ketua kelas bangun memberi salam apabila dia mendapati semua teman-temannya bangun untuk memberi salam. 

     "Assalamualaikum, Cikgu!" 
     Suara pelajar kelas 4 (SI) kedengaran memberi salam. Setelah itu, mereka beramai-ramai membaca doa sebelum memulakan aktiviti pembelajaran.
     
     Apabila semua pelajar duduk temasuklah Hanna Damia, Cikgu Farieda memulakan bicaranya. Gayanya suspen semacam saja. Gerun juga pelajar-pelajar kelas 4(SI) itu kerana Cikgu Farieda suka membuat tindakan di luar jangkaan. Contohnya, sebelum cuti dua minggu iaitu pada musim peperiksaan pertengahan tahun, Cikgu Farieda tiba-tiba saja mengamuk. Bukan apa, salah pelajar 4(SI) juga kerana tidak menghantar buku yang diminta sedangkan buku itu diminta lama sudah oleh Cikgu Farieda.

    Pelajar-pelajar kelas 4(SI) menanti dengan penuh kegerunan didalam hati. Keadaan kelas sunyi sepi hanya kedengaran kipas yang berpusing di atas syiling. Tiba-tiba Cikgu Farieda mengukirkan senyuman. Senyuman yang sukar ditafsirkan dan menakutkan. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Seram sejuk juga mereka dek senyuman Cikgu Farieda itu. Sengaja Cikgu Farieda berbuat seperti itu untuk membuat gimik dan kejutan yang tidak disangka oleh pelajar-pelajarnya.

     “Hai Zamir, tak payahlah kamu buat muka tosei basi kat sini. Nak tergelak cikgu tahu.” Cikgu Farieda bersuara.

     Pelajar yang lain hanya tersengih tetapi takut untuk ketawa dek terbayang amukan Cikgu Farieda sebelum cuti bulan enam yang lepas. Amukan yang mampu menggoncangkan dunia dan gugurnya jantung-jantung pelajar 4(SI). Dalam banyak-banyak pelajar 4(SI) hanya Zamir saja yang berani dengan Cikgu Farieda selepas amukan gorila yang dilakukan oleh Cikgu Farieda.

     “Alah cikgu ni. Ada pulak cakap saya macam tu. Muka saya sedikit punya hensem sampai yang tu yang ni cair tengok saya.” Balas Zamir sambil menuding jarinya ke arah Hannah Damia dan sebarisan dengannya. 
Amira yang turut sama terlibat dalam tudingan jari oleh Zamir bersuara.

     “Eleh! Kau Zamir boleh tak jangan perasan. Kau balik rumah tolong mak kau perah santan la wey. Geli aku dengar tau tak.”

     Kata-kata Amira mendapat sambutan dari pelajar perempuan yang lain. Pelajar lelaki “boo” dekat Zamir kerana dipangkah oleh ayat Amira yang tidak sebegitu berbisa. Zamir hanya membuat muka dan tersengih saja. Cikgu Farieda yang berada di hadapan menenangkan keadaan kelas yang menjadi pasar malam apabila Zamir menyatakan dirinya digilai ramai perempuan.

     “Sudah! Sudah! Hai, perkara macam tu pun nak bergaduh. Zamir, kamu tu cikgu tahulah kamu pelakon popular menggantikan Aaron Aziz dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kalau ye pun tak payahlah tunjuk yang kamu tu “GG”.

     Semua orang ketawa apabila mereka dapat menangkap maksud apa yang diperkatakan oleh Cikgu Farieda. Zamir masih dalam awang-awangan dan terkapai-kapai mencari maksud. Dia menjadi blurr seketika.

     “Dah, biarkan GG terbelenggu. Ni cikgu ada satu berita hot buat kamu. Pelajar perempuan mesti syok dengar ni. Hehehe.” Cikgu Farieda bersuara dan menyatakan perkara yang membuatkan pelajar perempuan terpinga-pinga termasuklah Hanna Damia yang menggaru dagunya yang tidak gatal.

     “Maksud cikgu apa?” Tanya Atiqah yang memberanikan dirinya.

     “Aihh, Atiqah. Kamu pun teringin juga. Sabar dulu. Ni cikgu nak bagitau. Kita bakal menerima seorang pelajar baru.”

     “Ohhhhhhh~” Majoriti pelajar 4(SI) membunyikan perkataan itu.
   “Lelaki ke perempuan cikgu? Pondan? Tomboi? Ermmm. Atau khunsa? Hehehe.” Tanya Farid yang terkenal dengan lawak jenakanya.

Pertanyaannya yang agak melampau tetapi kelakar mendapat sambutan ketawa oleh teman-temannya. Cikgu Farieda turut ketawa sambil menggelengkan kepala persis macam lagu angguk-angguk geleng-geleng. Nasib Cikgu Farieda geleng je, kalau angguk mahu tak sebijik macam lagu tu.

     “Laki lah sayang oii. Dah. Dah, tu je yang cikgu nak bagitau. Jom belajar.”

Mereka hanya mengangguk tidak berani membantah. Proses pembelajaran waktu pertama berjalan dengan lancar. Kehadiran pelajar baru itu dirahsiakan. Tidak diketahui bila.

Bersambung...

(Written by Mardhiyah)

No comments:

Post a Comment